Saturday, April 16, 2011

ringkasan plot

apdet bermula awal bulan april..

1. 4 april
Tengahari tu isteri teman ngadu sakit-sakit dan berdarah.
Teman bawok ke hospital putrajaya dan truih kene tahan wad pukui 3 ptg.
Tepat pukui 8.35 mlm isteri teman selamat melahirkan baby perempuan kami.

2. 6 april
Pukui 11 pagi teman ke klinik kesihatan sri kembangan utk laporkan kelahiran.
Lepas tu truih ke JPN sri petaling utk daftar kelahiran..tak dpt proses sbb maklumat tak lengkap..dokter yg nyambut kelahiran tak tandatangan surat kelahiran..nyusahkan org betui la kamu ni dokter..
Teman pulang ngantor isteri dan baby ke kampung mertua di temerloh untuk proses berpantang..teman pun cuti seminggu..

3. 7 april
Baby teman kene tahan kat wad hospital temerloh sebab jaundice (kuning) di tahap yg tinggi.
11 april baru dibenarkan keluar wad..lame tuhh..

4. 13 april
Teman ke hospital putrajaya utk dptkan tandetangan dokter yg nyambut baby teman..
Truih ke JPN putrajaya utk daftar kelahiran dan mykid (mekasih mien).

5. 14 april
Pas keje singgah hospital serdang jenguk membe zaman skolah baru bersalin..Tido umah bujang opismet..mlm merewang ke bangi..perasan bujang..

6. 15 april
Malam bertolak ke temerloh utk berjumpe isteri dan baby Nor Laila Hana..rase cam sebulan dah tak jumpe huhu..malam sampe pagi start aktiviti berjage hehe..

amek format update dari yummien dengan sedikit penambahbaikan :D



Friday, April 8, 2011

nor laila hana

assalamualaikum mike-mike semue..
alhamdulillah pada tanggal 4 april 2011 bersamaan 30 rabiulakhir 1432,
jatuh pada hari isnin jam 8.35 malam bertempat di dewan bersalin hospital putrajaya,
lahir le puteri yang sekian lame teman dan isteri dok tunggu-tunggu..
Nor Laila Hana name yang diberikan kepade puteri teman ni..
isteri teman dijangke bersalin pade 7 april..
tapi nampok gayenye si hana ni tak sabo dah nak kluar jumpe ibu dan abahnye..
cer citer cer citer...
dipendekkan citer mase isteri teman nak bersalin,teman ade skali bersame die..
teman nengok dengan mate due bijik teman sendiri anak teman kluar..
subhanallah besor benor pengorbanan seorang isteri dan ibu tu..
nak menitis je ayor mate ni lepas nengok baby tu kluar..
sebab mengenangkan isteri teman yang menahan sakit yang amat
sangat bile nak melahirkan puteri kami ni..
semoge nor laila hana membesor menjadi anak yang solehah..amin..

Wednesday, March 30, 2011

notis di setesen minyak

selalu tak mike-mike keluar duit kat atm stesen minyak?
rasenye rame mike-mike pernah kan..
teman pun selalu le jugak gi atm kat mobil area umah teman..
tapi tu le..tadi tengah bw terjumpe le gambo ni..
klakor le pulok..

credit to syok.org

Thursday, March 17, 2011

care penjagaan bayi

kelik gambo untuk besorkan

kredit to google

penantian satu penyiksaan

"Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami, imam bagi orang yang bertakwa". (Al-Furqan ayat 74)


tajuk yang tak tahan tuh..hehe..
isteri teman sekarang dah 9 bulan lebih..
sekarang pun die dah tak keje dok umah je..
due yang dokter kasik 7 april..
tapi rezeki Allah yang tentukan..
mungkin sebulan due lagi die bersalin..
mungkin juge seminggu due lagi..
tak mustahil juge sehari due lagi..
ketidaksabaranku tuhan je yang tahu huhu..

Tuesday, March 1, 2011

najis tahi cicak

Pernah sekali sewaktu menyampaikan kuliah maghrib, saya membuka bicara dengan sengaja menanyakan soalan yang nampaknya mudah. Saya bertanya kepada ahli jemaah surau:

“Apakah hukumnya jika setelah mengambil wudhuk, tiba-tiba anggota badan kita terkena najis, iaitu tahi cicak. Maka apakah yang perlu kita lakukan, adakah batal wudhuk kita atau tidak?”

Menariknya, antara jawapan yang diberikan ialah, batal wudhuk orang yang terkena najis tahi cicak itu. Mereka kena berwudhuk semula dan bla…bla… alasannya, kerana orang itu telah tersentuh najis.

Saya tersenyum. Teringat semasa saya remaja dahulu, pernah saya masuk ke dalam surau dan kaki saya terkena tahi cicak. Bukan maih marah lagi saya. Mana tidaknya, saya harus keluar dan membasuh najis itu dan mengambil wudhuk semula.

Nak jadi cerita, masuk ke surau dan kena lagi tahi cicak… Amboiii, surau mana le ni ya…bersih sungguh, sehinggakan najis tahi cicak bertaburan di mana-mana… Cuba bayangkan, kena membasuh najis, ambil wudhuk lagi…bukankah sudah membazir masa dan tenaga, bahkan membazir air juga!

Sebenarnya, inilah masalah segelintir umat Islam. Jawapan mereka bahawa harus mengambil wudhuk semula tersebut, sebenarnya bukan sahaja datangnya daripada surau yang berkenaan sahaja, bahkan orang lain pun mungkin memberikan jawapan yang sama.

Mungkin kita tersilap dalam membezakan di antara status najis dan kesannya kepada diri kita. Memang najis wajib dibasuh, kerana ia memang najis. Tetapi, ia tidak membawa kepada batalnya wudhuk kita. Melainkan kita dalam solat, apabila terkena najis atau datangnya najis dan mengenai tubuh atau pakaian kita, maka yang batal adalah solat tersebut; bukannya wudhuk.

Cubalah semak, apakah perkara-perkara yang membatalkan wudhuk. Adakah bersentuhan dengan najis membatalkan wudhuk? Jawapannya tidak. Maka, kenapa harus berwudhuk. Fikir-fikirkanlah…


disedut daripada blog ustaz hamizul

Tuesday, January 18, 2011

janggut ku dikaji orang

Orang Amerika dan Eropah, mereka telah mencuba mengkaji agama Islam dengan lebih dalam, termasuk janggut yang biasa disimpan ulama-ulama muslim.
Hasil dari kajian mereka, adalah :

1. Janggut secara semulajadi mengawal kandungan minyak di wajah

2. Jika tumbuh 1 helai janggut, maka disekelilingnya akan tumbuh janggut yang lebih halus

3. Dalam 1 helai janggut, menyerap lebih dari satu unsur yang boleh menyebabkan wajah terlihat kusam

4. Jika janggut tersebut dicukur, maka perlu waktu yang lama untuk menumbuhkannya secara sendiri

5. Hal terakhir yang masih diteliti dan belum diputuskan, sifat dan perangai orang yang memiliki janggut akan lebih bijaksana dan cerdik di dalam membuat keputusan.



Sabda Rasulullah SAW dalam hal ini :

”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.”

(HR. Muslim)