Showing posts with label suka hati. Show all posts
Showing posts with label suka hati. Show all posts

Wednesday, October 5, 2011

kerak boh lebih!

kisah pak cik di KFC


cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..

cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.

cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?

cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

pakcik : tu dia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

Orang tua tak makan makanan segera, sebab tu sihat tak de penyakit. Mana la tak terkejut dengan harganya..sekadar hiburan dan renungan yg di copy paste dari sahabat lain..

Wednesday, August 3, 2011

sejuk woo..

assalamualaikum miker..

23hb julai lepas teman anak bini naik ke cameron highland..
kami join family day pejabat abah mentue teman..
abah mentua teman dapat homestay free 1 malam..
jadi die pun ajok le anak-anak menantu join sekali..
teman dah agak lame tak naik cameron highland ni..
boleh kate lebih kurang hampir sepuloh tahun dulu last naik..
ramai jugak yang kate cuace kat ateh sane tak sejuk dah..
malam je kot kalu sejuk pun, tu pun sejuk biase je..kate deme le..
tapi nak dijadikan cite hari teman naik tu hujan sepanjang hari kat cameron..
pukui 3 petang sampe kat tanah rate tu sejuknye bukan main lagi..
menggigil kabo kan..malam tu nak tido lagi le sejuk ya amat..
tido siap pake seluor jeans baju 3 helai siap bersweater lagi.
tu pun sejuk jugak..mmang macam kat obersea je rasenye..
baru pueh hati naik cameron highland kalu sejuk macam ni..
berbaloi le minyak kete abih naik bukit hehe..
tapi kesian kat hana anak teman..
sejuk nye sampe tahap biru kuku ngan bibir die..
naseb baik teman sempat beli baju sejuk die kat poney jusco equine..
tu pun tak berkesan sangat..menggigil die hehe..
hujan-hujan memang le best kat ateh tu sebab sejuk..
tapi yang tak sedap nye tak dapat le nak bejalan sakan..
shoping kat pasar malam brinchang pun kejap sangat..
riso hana kene hujan..
sempat le beli sayur-sayur sikit ngan buah strawberi buat bekalan..



teman dengan isteri

kami sekeluarge

keluarge mertue

hana dengan sepupu akmal aka bulat

hana dengan mak lang




ulang tahun pertama


Assalamualaikum..

hari ni genap setahun teman memblog dalam mohkome.blogspot ni..
wah rase cam baru je lagi..
akhirnye berjaye jugak teman istiqomah dalam memblog ni..
dulu-dulu mase zaman belajor kat universiti dulu ade jugak cube memblog ni..
tapi rajin nye sempat 2 ke 3 hari je..
tapi tu citer dulu..
skarang teman idok lagi macam dulu..
keje sekerat-sekerat je..
skarang dah beranak bini kene le series..
tanggunggjawab pun dah makin besor..
lepah ni teman kene series cari rezeki nak sare anak bini..
takleh nak memain dah..
harap-harap mohkome.blogspot pun same..
moge-moge semakin meriah dengan entri teman..
tu pun kalu ade idea hehehe...



Wednesday, March 30, 2011

notis di setesen minyak

selalu tak mike-mike keluar duit kat atm stesen minyak?
rasenye rame mike-mike pernah kan..
teman pun selalu le jugak gi atm kat mobil area umah teman..
tapi tu le..tadi tengah bw terjumpe le gambo ni..
klakor le pulok..

credit to syok.org

Thursday, March 17, 2011

Sunday, January 16, 2011

jantina laptop/kumputer

Buke "notepad" dan tulis

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

pastu save as name file ke i love you.vbs

pastu tutup file tu dan double click file tu..
kome akan terdengor bunyi "i love you" dalam sore laki or pumpuan..
kalau kalu sore laki tu maknenye jantan le dan sebaliknye..
hehe..

*credit to kamerabergerak.blogspot

Basikal VS Lembu

Seorang jurujual sedang cuba memujuk seorang petani untuk membeli sebuah basikal yang dijualnya.

Si petani menolak kerana tidak mahu membeli basikal. Akan tetapi jurujual nampaknya tidak mudah menyerah.

Petani: Daripada membeli basikal, lebih baik aku habiskan duitku untuk pelihara lembu.

Jurujual: Ah, tapi cuba pikir pakcik... Pakcik akan kelihatan terlalu bodoh jika pakcik pergi ke pekan dengan menunggang seekor lembu.

Petani: Huhh!! Adakah tidak lebih bodoh jika orang melihatku memerah susu seekor basikal!


*credit to ac

lawak bangladesh

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.

Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" tanya american tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah...

"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

*credit to asscrewz

Sunday, January 2, 2011

entri tahun baru

bismillahirrahmanirrahim..
entri pertame untuk tahun 2011 ni teman mulekan dengan kalimah basmalah..
dengan harapan supaye setiap ape yang teman nulih dan teman coret
kat blog ni mendapat keberkatanNye..
harap-harap lepas ni rajin le sikit teman ngapdet blog ni hehe..

Friday, December 17, 2010

sabtu yang sesak

ari ni pagi-pagi lagi teman dah masuk kl sebab nak ngantor isteri gi koje..
isteri teman kene koje overtime weekend ni same ade sabtu atau ahad..
disebabkan ahad esok mak ngan abah mertua teman nak
datang dari temerloh jadinye kene le isteri teman koje ari ni..
arini jalan kat kl sesak bebenor..
opis isteri teman pulak betui-betui dekat jalan masjid jamek..
dekat sejam jugek le teman nak sampe ke masjid jamek dari umah kat bukit jalil..
ape dibuat le orang kl awal-awal pagi sepi'e dah keluor umah..
cube le bawok berehat kat umah dengan anak-anak..
tengok katun lagi best kome woi!!

Thursday, December 16, 2010

lemah lutut

ari ni teman mc..
daripade malam tadi teman cirit birit melampau..
sampe le ke pagi ni tak berenti nye..
yang peliknye teman sorang je yang menderite kat umah ni..
deme yang lain rilek je teman nengok..
udah lembik lutut teman ni dibuatnye..
tumpor teman weh..

Wednesday, December 15, 2010

pagi yang stress

pagi ni tengah mengudap tibe-tibe bos panggil ade keje katenye..
skali tige jam teman duduk dalam bilik die 'teman' die buat keje..
stress betui le rasenye..
buleh darah tinggi teman dibuatnye..
ade jugak bos macam ni..
letih teman weh..tumpor!!

Wednesday, December 8, 2010

semangat maal hijrah

hari selase baru ni jatuhnye pade tarikh satu Muharam 1432..
tarikh ni dikire hari pertame dalam tahun 1432..
kire tahun baru le ni yob..
pade tarikh ni le nabi junjungan kite Muhammad s.a.w telah berhijrah dari
Mekah ke Madinah kire-kire pade tahun 622 masihi dulu..
satu Muharam patutnye dijadikan satu tarikh untuk kite semue merenung dan mengkaji
sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. terutamenye penghijrahan dari Mekah ke Madinah..
dikesempatan ini saye mengucapkan kepade semue semoge kite semue selamat mencontohi semangat penghijrahan dalam semue amalan seharian kite..
mudah-mudahan kite akan mendapat nikmat daripadenye Insyaallah..

*cuti aritu saye bersame isteri dan adik ipar kuar makan angin ke port dickson..
saje ronde-ronde merendek bawak isteri yang baru lepas baik dari demam..






Thursday, December 2, 2010

Baca@LRT

Pada Ahad 5 Disember 2010,akan diadakan Baca@LRT bertemakan Massa yang terakhir edisi 2010.

------

Apakah itu Baca@LRT?

Ia adalah aktiviti spontan membaca di dalam LRT bermula dari Terminal Putra Gombak sehingga LRT Taman Jaya.

Para penyokong akan membawa buku kegemaran masing-masing dan membaca sepanjang perjalanan.

Mereka yang tidak menahu akan program ini akan dikelilingi pembaca buku pada hari itu.
--------------------------------------------------------------------
Tentatif

Ia akan diadakan pada dua masa iaitu pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang. Pilih masa yang bersesuaian antara kedua-dua masa ini.

Baca@LRT tiada sebarang perhimpunan rasmi, ucapan atau apa-apa berbentuk majlis.

Ia spontan seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku. Penyokong hanya dikenali melalui buku yang dibawanya. Malah ada yang tidak kenal satu sama lain.

Pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang, kita akan beramai-ramai menaiki LRT.

Keadaan akan menjadi pelik di kalangan mereka yang tidak tahu Baca@LRT ini sedang berlangsung.

Tiba di Taman Jaya, para peserta bersurai ke Amcorp Mall.

Jika LRT pertama penuh, naik LRT seterusnya. Begitulah seterusnya.

------------------------------------------------------------------

Apa yang ada di Amcorp Mall?

Pada hari itu akan ada jualan buku baru dan terpakai serta terdapat beberapa kedai buku termasuk kedai buku BookXcess di tingkat empat yang menjual buku baru pada harga amat rendah.

------------------------------------------------------------------

Apakah kesan program ini?

Ia menggalakan budaya membaca di tempat awam.

-------------------------------------------------------------------

Pengesahan kehadiran klik di sini http://bit.ly/bacalrt5disember
Share
Location:Terminal Putra LRT Gombak hingga LRT Taman Jaya
Time:10:00AM Sunday, December 5th

Wednesday, December 1, 2010

anugerah

terime kasih kat blog Catatan Loqman Hakim sebab bagi award blogger cemerlang kat teman..
walaupun blog teman ni tak le secemerlang mane..
blog cacamarba kate dek orang hehe...
satu lagi si lokman ni mintak teman jawab tige soklan kalau rajin..
oleh kerane teman tengah rajin, make teman pun jawab le soklan mike ni ye..

1)Apa pandangan anda tentang blog Catatan Loqman Hakim?
best, menarik, terbaik..

2)Bagaimanakah anda tiba2 dapat idea untuk post entry baru?
bile idea datang..

3)Tujuan utama anda berblog?
bile memblog rase best hehe..


Tuesday, November 30, 2010

jatuh sakit

semalam teman tak larat nak gi keje..
pagi tu pukul 5.30 pagi teman terjage dari diulit lena..
malangnye teman takleh nak bangun..
kepale ni rase berat semacam je..
semue anggote badan teman takleh nak gerak..
teman pun kejut le isteri mintak die amik kan hp..
teman sms le bos kaborkan yang teman mc ari tu..
pagi tu pukul lapan lebih isteri teman drivekan kete bawak teman ke klinik area umah kami..
dokter cek suhu skali 39 darjah selsies..
memang betui punye demam nih..
agak dah lame jugak teman tak demam macam nih..
last teman demam tahun lepas kot..
mungkin Allah nak hapuskan dose-dose kecik teman kat dunie nie..
amin..