Showing posts with label terpesona. Show all posts
Showing posts with label terpesona. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

zakat terapi kekayaan


Harga:RM18
Halaman: 456
Penulis:Hamizul Abdul Hamid
ISBN: 978-967-86-0379-9
Zakat Terapi Kekayaan adalah garapan penulis yang memang terlibat secara langsung dalam

urusan zakat di Malaysia selama hampi 10 tahun. Buku ini berusaha menjawab pelbagai persoalan zakat yang berlegar di dalam masyarakat. Misalnya, apakah hukumnya memberikan zakat kepada suami dan adakah sah mengagihkan zakat sendiri? Adakah zakat boleh diberikan kepada orang kafir? Adakah orang yang membayar cukai pendapatan maka sudah terlepas daripada zakat? Serta banyak lagi persoalan yang disajikan jawapan, dengan gaya bahasa santai dan sesuai dengan kefahaman awam. Pendek kata, memiliki buku ini mampu membuka jendela ke arah memahami zakat secara lebih mendalam. sesuai dengan kedudukan zakat sebagai rukun Islam yang ke-3.



kepade sesape yang nak membeli secare online boleh terus ke blog ustaz hamizul

Wednesday, August 3, 2011

ulang tahun pertama


Assalamualaikum..

hari ni genap setahun teman memblog dalam mohkome.blogspot ni..
wah rase cam baru je lagi..
akhirnye berjaye jugak teman istiqomah dalam memblog ni..
dulu-dulu mase zaman belajor kat universiti dulu ade jugak cube memblog ni..
tapi rajin nye sempat 2 ke 3 hari je..
tapi tu citer dulu..
skarang teman idok lagi macam dulu..
keje sekerat-sekerat je..
skarang dah beranak bini kene le series..
tanggunggjawab pun dah makin besor..
lepah ni teman kene series cari rezeki nak sare anak bini..
takleh nak memain dah..
harap-harap mohkome.blogspot pun same..
moge-moge semakin meriah dengan entri teman..
tu pun kalu ade idea hehehe...



Wednesday, December 1, 2010

anugerah

terime kasih kat blog Catatan Loqman Hakim sebab bagi award blogger cemerlang kat teman..
walaupun blog teman ni tak le secemerlang mane..
blog cacamarba kate dek orang hehe...
satu lagi si lokman ni mintak teman jawab tige soklan kalau rajin..
oleh kerane teman tengah rajin, make teman pun jawab le soklan mike ni ye..

1)Apa pandangan anda tentang blog Catatan Loqman Hakim?
best, menarik, terbaik..

2)Bagaimanakah anda tiba2 dapat idea untuk post entry baru?
bile idea datang..

3)Tujuan utama anda berblog?
bile memblog rase best hehe..


Thursday, November 25, 2010

tuah si pembaling kasut

Baghdad – Masihkah anda ingat kepada Muntazar al-Zaidi? Sure tak ingatkan, wartawan Iraq yang membaling kasut kepada bekas Presiden US George W Bush pada satu sidang akhbar di Iraq..? Pada 14 Disember 2008, Zaidi menjerit “This is a farewell kiss from the Iraqi people, you dog” kemudian melemparkan kasut kepada Bush.

Setelah dipenjara selama 9 bulan, Zaidi telah bebas dengan hadiah menarik menantinya iaitu sebuah rumah dengan 4 bilik tidur yang merupakan hadiah dari pejabat Zaidi bekerja, Al Baghdadia TV.

Bukan hanya itu, sebuah kereta baru hadiah dari orang tak dikenali juga telah menanti Zaidi. Itu belum termasuk wang yang dikirim oleh para dermawan, beberapa tawaran bernikah, dan tawaran penjagaan kesihatan yang ditujukan kepadanya.

Para editor Al Baghdadia TV mengatakan mereka telah menerima banyak permintaan dari perempuan yang hendak menikahi Zaidi. Selain itu banyak pula datang tawaran harta benda seperti wang, kereta, hingga kuda berpelana emas dari Morocco. Seorang warga Arab bahka
n bersedia membeli kasut Zaidi seharga USD 10 juta.

Seorang petani Palestin berusia 75 tahun yang tinggal di Tepi Barat, Ahmad Jouda, rela menjual sebagian kambingnya dan mengumpulkan puluhan ribu dolar dari saudaranya untuk menyokongZaidi. Dia juga menawarkan Zaidi untuk menikah dengan salah seorang saudara perempuannya.

Berbagai tawaran itu dimulai tahun lalu ketika seorang dari Mesir bernama Saad Gumaa menelefon keluarga Zaidi dan menawarkan anak perempuannya yang berusia 20 tahun, Amal Saad Gumaa, untuk dinikahi Zaidi. “Saya ingin tinggal di Iraq. Apalagi kalau saya boleh bersama dengan pahlawan ini (Zaidi)…Itu adalah suatu kehormatan bagi saya,” kata Amal.

Bekas Presiden AS George W Bush memang tidak disukai di dunia Arab. Para analisis berpendapat, banyak warga Arab yang beranggapan dengan tindakannya itu Zaidi telah mewakili mereka mengekspresikan kemarahan, hal yang tidak berani dilakukan oleh para pemimpin politik tempatan.

Thursday, October 28, 2010

tali ghaib

Apakah yang tersembunyi di sebalik semua ini?…Namun keajaiban alam tersaksi apabila sampai waktu menetas, setiap anak penyu mengoyakkan kulit nipis telur, menguak timbunan pasir dan dengan tertib mengatur langkah ke dunia baru mencari gigi pantai. Kemudian seekor demi seekor berenang memulakan kayuhan ke arena sebenar seluas samudera. Ditengah lautan itu apabila sampai waktu menetas si ibu rupa-rupanya terapung dengan kakinya seperti pergerakan melambai-lambai mengirim gelombang ke arah darat, ke arah pasir ke arah dimana anak-anaknya sedang bertungkus lumus memulakan langkah hidup. Gelombang kasih ini menjadi tali temali menarik semua anak ke arahnya walau berada dalam jarak yang jauh dan di alam berbeza. Mereka kemudian berenang ke dunia kelam dalam liuk lentuk lanskap dasar laut yang indah.

Kita berfikir tentu disebalik dunia fizikal ini ada juga tali ghaib. Ia menggerakkan manusia di sebalik seluruh kelakuan fizikal mereka. Di sanalah terdapatnya ruang doa, daerah aura, sentuhan lembut kasih. Semua ini contoh tali temali yang menggerakkan manusia tanpa mereka sedari.

Seorang anak yang lama menyepi diri tiba-tiba terpanggil pulang ke ribaan ibunya membawa sekeping hati mengemis kemaafan. Sebenarnya sebelum hari itu, hati ibunya terkocak dan lautan rasa keibuannya membuak. Rasa ibunya itulah tali yang menariknya pulang!

Seorang hamba Allah yang lalai dengan dosa, tiba-tiba pulang mengetuk pintu Tuhan. Kembali dengan sejuta keinsafan. Apa yang menggerakkan hidayah Tuhan ini?

Langkah ini adalah daripada doa orang tua masa lampau yang berdoa untuk kebaikan zuriatnya. Doa mereka menjadi tali yang menarik hamba ini kepada Tuhan.

Justeru dalam hidup ini disamping segala usaha dan ikhtiar, gunakanlah tali temali ini. Marilah mengikhlaskan niat, sentiasa menadahkan tangan memanjatkan doa buat anak, pasangan, saudara serta seluruh dunia agar tali halus ini sentiasa menarik mereka agar jangan tersasar dari laluan hidup sebenar. Biarlah ia menjadi penggerak hidup dengan irama kebaikan berpanjangan merentasi zaman.

Berikanlah sentuhan lembut, limpahan kasih dan kita tentunya bukan lebih terkebawah berbanding ibu penyu dengan aura ajaibnya!

Oleh Ustaz Zul Ramli M Razali-U Turn Ke Jalan Lurus

siapa makan cili dia terase pedasnya



gambor ni menunjukkan seorang budak bername Naaman Amer yg baru berusie 20 bulan dari Palestin tengah makan cili hijau..
si Naaman Amer ni boleh dikatekan setiap hari makan cili..
mak abah die cakap wat mase ni si Naaman Amer ni takde mengalami masalah kesihatan lagi...
mak ai makan cili dah macam mkn kacang je..
cili hijau dari timur tengah tak sepedas cili hijau kite..
mike semue pun boleh je makan macam tu..
tapi kalau sampai sepinggan tu memang hebat le budak ni..
berani celen ke?

Thursday, October 21, 2010

kerja bahaya



gambor ni berlaku kat satu bangunan apartment kat pantai jumeirah dubai..
yob ni tengah mencuci tingkap luar kat tingkat 34 tanpe pake peralatan keselamatan..
terbaik le yob!!


Wednesday, August 18, 2010

jam besor..



jarum die lagi besor dari orang

banyok gile suisnye

view siang

view malam

Sumber Mymetro
MAKKAH: Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing apabila jam terbesar di dunia akan mula berdetik di menara bangunan pencakar langit di Makkah.

Menara jam yang dibina di bangunan kedua tertinggi di dunia itu akan menjadikan Makkah sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding waktu median Greenwich.

Jam itu dijangka mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) yang digunakan sejak 126 tahun lalu. Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridan dunia kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia. Waktu Greenwich dikuatkuasakan Barat pada 1884. Jam berkenaan akan mula berdetik pada 12 Ogos dalam minggu pertama Ramadan dan akan menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan.

Menara jam Makkah mempunyai empat permukaan seluas 46 meter yang dibuat daripada jubin komposit berteknologi tinggi yang dilapik emas dan berdiri dengan ketinggian 400 meter di luar halaman Masjidil Haram.

Syarikat Premiere Composite yang ditugaskan menyiapkan binaan menara jam Makkah merangka pembinaannya dengan ketinggian 590 meter. Ketinggian itu membolehkan menara jam Makkah menjadi menara kedua tertinggi di dunia mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Pembinaan menara jam Makkah membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu. - Agensi

disertakan sepotong hadis:
Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim”