Tuesday, November 2, 2010

pensyarah

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah
melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi
tempat mayat itu diletakkan..
"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi
seorang doktor", kata pensyarah itu.
"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai
contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya
semula dan menjilat jarinya itu.
"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat.
Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila
semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan
berkata....
"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti
tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....
SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!

No comments:

Post a Comment