Thursday, December 2, 2010

Baca@LRT

Pada Ahad 5 Disember 2010,akan diadakan Baca@LRT bertemakan Massa yang terakhir edisi 2010.

------

Apakah itu Baca@LRT?

Ia adalah aktiviti spontan membaca di dalam LRT bermula dari Terminal Putra Gombak sehingga LRT Taman Jaya.

Para penyokong akan membawa buku kegemaran masing-masing dan membaca sepanjang perjalanan.

Mereka yang tidak menahu akan program ini akan dikelilingi pembaca buku pada hari itu.
--------------------------------------------------------------------
Tentatif

Ia akan diadakan pada dua masa iaitu pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang. Pilih masa yang bersesuaian antara kedua-dua masa ini.

Baca@LRT tiada sebarang perhimpunan rasmi, ucapan atau apa-apa berbentuk majlis.

Ia spontan seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku. Penyokong hanya dikenali melalui buku yang dibawanya. Malah ada yang tidak kenal satu sama lain.

Pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang, kita akan beramai-ramai menaiki LRT.

Keadaan akan menjadi pelik di kalangan mereka yang tidak tahu Baca@LRT ini sedang berlangsung.

Tiba di Taman Jaya, para peserta bersurai ke Amcorp Mall.

Jika LRT pertama penuh, naik LRT seterusnya. Begitulah seterusnya.

------------------------------------------------------------------

Apa yang ada di Amcorp Mall?

Pada hari itu akan ada jualan buku baru dan terpakai serta terdapat beberapa kedai buku termasuk kedai buku BookXcess di tingkat empat yang menjual buku baru pada harga amat rendah.

------------------------------------------------------------------

Apakah kesan program ini?

Ia menggalakan budaya membaca di tempat awam.

-------------------------------------------------------------------

Pengesahan kehadiran klik di sini http://bit.ly/bacalrt5disember
Share
Location:Terminal Putra LRT Gombak hingga LRT Taman Jaya
Time:10:00AM Sunday, December 5th

5 comments:

  1. mel,i baru tau kat gombak ade lrt..sengalnyek!

    ReplyDelete
  2. ya Allah mienmien!!dah berkurun dah ade nye..
    ya Allah kenape nie mienmien?ape yang telah berlaku nie?

    ReplyDelete
  3. yeay...
    jom join!!!
    hopefully bleh jumpa kat terminal nanti...
    hikhik...

    http://soulsreunited.blogspot.com/2010/12/bacalrt-read-in-public.html

    ReplyDelete
  4. "salam maal hijrah...semoga hidup sentiasa ceria"

    ReplyDelete