Tuesday, November 30, 2010
jatuh sakit
hari raya aidiladha 1431 bhg 2
Maaf le lambat buat sambungan..
Pagi raye kedue tu ade majlis hari keluarge sebelah abah teman..
Buat kat tapak asal rumah arwah pah yakni mak kepade abah teman..
Umah arwah pah dah direnovate daripade umah bertiang tambah umah batu kat bawah..
Lupe pulak nak nangkap gambor umahnye..asyik sibuk nangkap gambor orang je..
Tak rame yang datang sebab mungkin ramai yang koje ..
Nak pulak tu aritu sekolah bukak..
Jadinye ramai le yang tak dapat menghadirkan diri deme ke majlis tu..
Nak diringkaskan cite abah teman ade tujuh adik beradik dan abah anak yang ke enam..
Tinggal lime orang je adik beradik abah yang masih hidup..
Masuk tahun ni umor abah teman dah 70 tahun..
Tak tahu le teman brape gamaknye umor abang dengan kakak abah yang masih hidup tu..
Jadiknye yang hadir ke majlis hari keluarge ni ade empat generasi semuenye..
Teman yang umor 20 an ni pun dah ade cucu sedare..
Tue benor dah rasenye huhuhu...
Majlis hari keluarge ni adelah kali yang ke empat telah dijalankan..
kali ni majlis hari keluarge buat style gerai..macam tahun-tahun lepas gak..
maknenye setiap keluarge diberi satu meja untuk hidang menu yang dibawak masing-masing..
menu keluarge teman macam biase le tapai tradisi mak teman..
nengok le gambor-gambor bawah ni..
Thursday, November 25, 2010
tuah si pembaling kasut
Tuesday, November 23, 2010
hari raya aidiladha 1431
Monday, November 22, 2010
gambo lame
sape berani order?
Friday, November 12, 2010
camne nak tiru ni...
Thursday, November 11, 2010
black oh black
Sunday, November 7, 2010
luar negara 2
luar negara
Thursday, November 4, 2010
penjual telur
Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah... " (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan? "
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah.
Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang
bendul same bendul
keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya
seperti terkena bolasepak.
Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di
wokshop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan
Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya
akan kelihatan seperti sediakala.
Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih
kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.
Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?" Chot
menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah
mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di
pintu keretanya akan kembung semula.
Chet menggeleng-gelengka n kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,
"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin
tingkap kereta ni dulu!"
MEMO UNTUK STAFF
Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.
b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.
c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.
d. CUTI SAKIT:
Mulai 2010 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor, ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.
e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2010 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.
Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum ’staff sembelit’.
f. PEMBEDAHAN:
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.
g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.
Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.
Sekian, terima kasih
Wednesday, November 3, 2010
pusat jagaan suami
Tuesday, November 2, 2010
evo, ferrari dan kelisa
sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang
berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba
menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun
berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo10 berhenti di sebelah kelisa
tadi.
"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan
20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....
"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik
kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.
"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik
akan hon dan bagi high beam"
"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan
hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat
nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat
tu.Mamat tu pun slowkan balik..
Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat
evo10.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak
kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat
belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai
nak rak.Mamat evo10 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis
nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan
supaya saman kereta-kereta yg laju nie...
Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari,sebuah evo10 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kelisa biru tengah cucuk angin evo10 tu dan
bagi hon dan hi beam nak potong!!!
pensyarah
melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi
tempat mayat itu diletakkan..
"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi
seorang doktor", kata pensyarah itu.
"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai
contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya
semula dan menjilat jarinya itu.
"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.
Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat.
Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila
semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan
berkata....
"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti
tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk.....
SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!