Wednesday, September 22, 2010

marilah berzakat

Firman Allah s.w.t:


"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

Surah al-Baqarah (ayat 267



Sabda Rasulullah s.a.w:


"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".


alkisahnye..

22 ogos lalu yakni 3 minggu sebelum aidilfitri telah berlaku satu eksiden jalan raye yang mengakibatkan kerete viva terpakse masuk bengkel selame due minggu..naseb baek insurans cover kos kerosakan..

tapi terpakse gak kuar rm400 duit excess fee sbab name takde dalam insurans..

berair gak mate nk membayor nye huhu..raye pulak seminggu je lagi..

so setel le bab eksiden..

2 hari sebelum balik kampung sempat le bukak pose kat umah nyah ngan abg mizul(kakak n abg ipar) kat kepong..

story le kat deme pase eksiden tu.. cite juge pase kene bayor rm400 tu..tercetus le perbualan di bawah..

abg mizul : "mel dah bayo ke zakat?"

muzam : dah minggu lepas..bayar kat amil kat opis..(jawab dengan penuh kompiden merujuk kpd zakat fitrah)

abg mizul : tu zakat fitrah..zakat pendapatan?

muzam : eh a'ah la..lupe la..dah lame tak bayor hehe..(padehal daripade start keje 2007 dlu mmg tak penah bayor pun zakat pendapatan)

abg mizul : hmm mungkin duit rm400 tu Allah tarik untuk zakat pendapatan le tu..(sambil ketawe sinis)


sudahkah mike-mike semue tunaikan zakat pendapatan?belum?tak tahu?tengok sini..


*untuk pengetahuan semua abg mizul adalah bekerja di lembaga Zakat Selangor

5 comments:

  1. tunggu hujung tahun ni la bayar zakat.... huhu.. baru cukup setahun kan.. huahua...

    kalau macam kes ko ni.. kira tak payah dah la bayar zakat kan? ke masih kena bayar juga.. (serius.. tolong jawab)

    ReplyDelete
  2. kalau gaji setiap bulan same ok le nak byr hujung tahun..senang kire..tapi kalu gaji tiap2 bulan tak same susah le..boleh je tapi kene kire satu2 or byr lebih..senang tgk je kt web e-zakat ade perkiraan die..

    aku pun kene jugak..tapi aku murah ckt je sbb dah kawen..kalu ade anak lg ckt kene bayo..

    ReplyDelete
  3. Fairuspeng,

    Zakat pendapatan (misalnya zakat gaji) tidak perlu tunggu setahun. Ia dikiaskan kepada zakat pertanian, yang dikenakan zakat ke atasnya pada masa ia dituai. Jika dituai dua tahun sekali, maka zakatnya dua kali setahun. Hal ini disebut di dalam ayat 141 surah al-An'am.

    Jadinya, gaji kita diterima tiap-tiap bulan, maka dikenakan zakatnya tiap-tiap bulan. Wallahua'lam.

    Mel,

    Insya-Allah, lepas ni jika Mel berzakat maka Allah SWT berikan keberkatan. Insya-Allah tak eksiden lagi...he...he...

    lagi satu, gaji yang lepas-lepas tu kena qada...agak-agak je la berapa, lepas tu qada la...

    ReplyDelete
  4. u-hah

    kalau begitu... bayar setiap bulan la... tak boleh bayar setiap tahun..

    kalau macam zakat fitrah.. kena bayar dalam bulan ramadan 2 pagi syawal.. jika tak.. itu tak dikira zakat fitrah..

    kalau zakat pendapatan pula... kalau saya tak bayar bulanan, adakah zakat saya tidak sah.. sebab dah lebih tempoh..... atau kalau boleh kalau saya nak kuarkan setiap sekali setahun...

    adakah tempohnya mengikut bulan atau tahun...

    ReplyDelete
  5. fairus,
    hehe sudah ade jawapan..

    U-HAH,
    hehehe masih lagi wat perkiraan..
    bior bayor lebih jangan kurang hehe..

    ReplyDelete