Tuesday, January 18, 2011

janggut ku dikaji orang

Orang Amerika dan Eropah, mereka telah mencuba mengkaji agama Islam dengan lebih dalam, termasuk janggut yang biasa disimpan ulama-ulama muslim.
Hasil dari kajian mereka, adalah :

1. Janggut secara semulajadi mengawal kandungan minyak di wajah

2. Jika tumbuh 1 helai janggut, maka disekelilingnya akan tumbuh janggut yang lebih halus

3. Dalam 1 helai janggut, menyerap lebih dari satu unsur yang boleh menyebabkan wajah terlihat kusam

4. Jika janggut tersebut dicukur, maka perlu waktu yang lama untuk menumbuhkannya secara sendiri

5. Hal terakhir yang masih diteliti dan belum diputuskan, sifat dan perangai orang yang memiliki janggut akan lebih bijaksana dan cerdik di dalam membuat keputusan.



Sabda Rasulullah SAW dalam hal ini :

”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.”

(HR. Muslim)

Sunday, January 16, 2011

jantina laptop/kumputer

Buke "notepad" dan tulis

CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"

pastu save as name file ke i love you.vbs

pastu tutup file tu dan double click file tu..
kome akan terdengor bunyi "i love you" dalam sore laki or pumpuan..
kalau kalu sore laki tu maknenye jantan le dan sebaliknye..
hehe..

*credit to kamerabergerak.blogspot

Basikal VS Lembu

Seorang jurujual sedang cuba memujuk seorang petani untuk membeli sebuah basikal yang dijualnya.

Si petani menolak kerana tidak mahu membeli basikal. Akan tetapi jurujual nampaknya tidak mudah menyerah.

Petani: Daripada membeli basikal, lebih baik aku habiskan duitku untuk pelihara lembu.

Jurujual: Ah, tapi cuba pikir pakcik... Pakcik akan kelihatan terlalu bodoh jika pakcik pergi ke pekan dengan menunggang seekor lembu.

Petani: Huhh!! Adakah tidak lebih bodoh jika orang melihatku memerah susu seekor basikal!


*credit to ac

lawak bangladesh

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.

Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for" tanya american tadi... "Don't worry, i got a lot cigar in my country".

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah...

"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

*credit to asscrewz

Tuesday, January 11, 2011

bersenam di pejabat

mike semue letih?ngantuk kat opis?
meh ikut tips senaman regangan di pejabat nih..




Monday, January 10, 2011

meh kalau nak bikin kete

ade member teman baru wat bisnes jual barang-barang performance kete..
saje nak promote blog die tolong kawan-kawan..
rege berpatutan katenye..
tak caye meh nengok kat http://zfnmotorsports.blogspot.com

gambor terjumpe





*credit to asscrewz

Sunday, January 2, 2011

hutang emas dibawa lari

Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.” Riwayat Muslim dan Imam Ahmad

ptptn teman lame benor dah tertunggaknye..
moge-moge tahun ni tergerak le sikit hati ni nak membayor nye..

anak sedare masuk tadika

Suatu pagi di sebuah tadika PASTI yang terletak di Kepong;
Ustazah : Baik anak-anak murid…. pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Hidayat, macam mana bunyi ayam berkokok?
Hidayat : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Ustazah : Bagus Hidayat… Huda, buat bunyi kucing pula..
Huda : Meowwww
Ustazah : Amboi, manja kucing tu ya…. Hakim, buaya bagaimana pula bunyinya?
Hakim : Fewittt! Hai, Cik Adik! seorang saja…? Abang temankan ya…
Ustazah : Bunyi buaya apa tu???
Hakim : Buaya darat Ustazah!!


entri khas untuk anak sedare teman bername Husna Insyirah binti Hamizul yang berumur 5 tahun yang akan memasuki tadika PASTI pade hari rabu ni..semoge nana (name glamer) menjadi anak yang solehah kepade abi dan umi nye besor nanti..

entri tahun baru

bismillahirrahmanirrahim..
entri pertame untuk tahun 2011 ni teman mulekan dengan kalimah basmalah..
dengan harapan supaye setiap ape yang teman nulih dan teman coret
kat blog ni mendapat keberkatanNye..
harap-harap lepas ni rajin le sikit teman ngapdet blog ni hehe..