Monday, November 28, 2011
harimau muda di kg temin
Thursday, November 24, 2011
ayah oh abah
kek lapih homemade
Wednesday, November 23, 2011
ong kata
Tuesday, November 22, 2011
makcik nasi lemak
Monday, November 21, 2011
serigala jahat berniaga
stress
Sunday, November 20, 2011
gelombang biru ayor
Friday, November 18, 2011
tutup ke bungkus??
Wednesday, October 5, 2011
kerak boh lebih!
Sunday, August 21, 2011
iftar di pusat rekreasi air wetland
Wednesday, August 10, 2011
salam perantauan dari malaysia
zakat terapi kekayaan
Wednesday, August 3, 2011
sejuk woo..
ulang tahun pertama
Assalamualaikum..
Tuesday, July 12, 2011
mencoret sikit..
Monday, May 2, 2011
ringkasan plot 2
balik temerloh jenguk anak bini kat kampung..
2. 18-21 april
keje luar kat bangsar..
penat betui minggu ni..
subuh sepie dah kene kuar umah ngadap jem gi bangsar..
3. 22-24 april
balik ke temerloh jenguk anak bini..
4. 24-28 april
24 petang tu teman dah bertolak ke melake atas urusan resmi pejabat..
naseb le duduk kat mahkota hotel..
dekat juge nak ronde-ronde bandor melake bejalan kaki..
idok payoh nak nek keter..
5. 29 april - 2 mei
teman sekali lg blk ke temerloh jenguk anak bini..
umur hana hampir nak masuk sebulan..muke pun dah lebor je..
kejap je besor nye..
2 mei tu ondeway balik kl jalan jem ya amat..
dari tol karak sampe ke genting sempah main gear 1 ngan 2 je..
sampe hangit kete dibuatnye..naseb le tak jd pape..
Saturday, April 16, 2011
ringkasan plot
Friday, April 8, 2011
nor laila hana
Wednesday, March 30, 2011
notis di setesen minyak
Thursday, March 17, 2011
penantian satu penyiksaan
Tuesday, March 1, 2011
najis tahi cicak
Pernah sekali sewaktu menyampaikan kuliah maghrib, saya membuka bicara dengan sengaja menanyakan soalan yang nampaknya mudah. Saya bertanya kepada ahli jemaah surau:
“Apakah hukumnya jika setelah mengambil wudhuk, tiba-tiba anggota badan kita terkena najis, iaitu tahi cicak. Maka apakah yang perlu kita lakukan, adakah batal wudhuk kita atau tidak?”
Menariknya, antara jawapan yang diberikan ialah, batal wudhuk orang yang terkena najis tahi cicak itu. Mereka kena berwudhuk semula dan bla…bla… alasannya, kerana orang itu telah tersentuh najis.
Saya tersenyum. Teringat semasa saya remaja dahulu, pernah saya masuk ke dalam surau dan kaki saya terkena tahi cicak. Bukan maih marah lagi saya. Mana tidaknya, saya harus keluar dan membasuh najis itu dan mengambil wudhuk semula.
Nak jadi cerita, masuk ke surau dan kena lagi tahi cicak… Amboiii, surau mana le ni ya…bersih sungguh, sehinggakan najis tahi cicak bertaburan di mana-mana… Cuba bayangkan, kena membasuh najis, ambil wudhuk lagi…bukankah sudah membazir masa dan tenaga, bahkan membazir air juga!
Sebenarnya, inilah masalah segelintir umat Islam. Jawapan mereka bahawa harus mengambil wudhuk semula tersebut, sebenarnya bukan sahaja datangnya daripada surau yang berkenaan sahaja, bahkan orang lain pun mungkin memberikan jawapan yang sama.
Mungkin kita tersilap dalam membezakan di antara status najis dan kesannya kepada diri kita. Memang najis wajib dibasuh, kerana ia memang najis. Tetapi, ia tidak membawa kepada batalnya wudhuk kita. Melainkan kita dalam solat, apabila terkena najis atau datangnya najis dan mengenai tubuh atau pakaian kita, maka yang batal adalah solat tersebut; bukannya wudhuk.
Cubalah semak, apakah perkara-perkara yang membatalkan wudhuk. Adakah bersentuhan dengan najis membatalkan wudhuk? Jawapannya tidak. Maka, kenapa harus berwudhuk. Fikir-fikirkanlah…
disedut daripada blog ustaz hamizul
Tuesday, January 18, 2011
janggut ku dikaji orang
Hasil dari kajian mereka, adalah :
1. Janggut secara semulajadi mengawal kandungan minyak di wajah
2. Jika tumbuh 1 helai janggut, maka disekelilingnya akan tumbuh janggut yang lebih halus
3. Dalam 1 helai janggut, menyerap lebih dari satu unsur yang boleh menyebabkan wajah terlihat kusam
4. Jika janggut tersebut dicukur, maka perlu waktu yang lama untuk menumbuhkannya secara sendiri
5. Hal terakhir yang masih diteliti dan belum diputuskan, sifat dan perangai orang yang memiliki janggut akan lebih bijaksana dan cerdik di dalam membuat keputusan.
Sabda Rasulullah SAW dalam hal ini :
”Cukurlah kumis dan peliharalah janggut.”
(HR. Muslim)