Sunday, August 29, 2010

Sharing is Caring! - Online Logo Maker

Sharing is Caring! - Online Logo Maker

tunggang terbalik

hari ni sangat bosan sebab ramai yg cuti..kerje pun takde..
so tgh blogwalking tadi ade le terjumpe satu blog yang sangat bagus terutamenye kepade beginner macam saye! (dgn nada bongkak)..
bende alah ni dah lame n orang lain mungkin dah tau..
bior le nk publish gak (suke ati le blog aku!)..
ni antare tips yang paling aku tertarik..

¡ǝɯoʞɥoɯ ƃoןq ǝʞ ƃuɐʇɐp ʇɐɯɐןǝs

hoh terer tak kome??!!hahaha..
owner blog tu pun sgt bermurah hati utk kongsi link blog die ni..holiow r!!

kalau le di malaysia..

President Paling Miskin

MONTEVIDEO - Presiden baru Uruguay, Jose Mujica mungkin menjadi salah seorang pemimpin paling miskin apabila beliau mengisytiharkan harta kekayaan miliknya ialah sebuah kereta Volkswagen Beetle. Kereta itu berusia 23 tahun dan bernilai kira-kira AS$1,900 (RM6,220).Menurut deklarasi hartanya, bekas pemimpin gerila itu tidak mempunyai akaun bank dan aset lain. Manakala sebuah ladang bunga yang kecil pula diletakkan atas nama isterinya. Pendapatan yang dilaporkan dalam deklarasi itu hanya gajinya sebagai Presiden iaitu kira-kira AS$11,000 (RM36,014) sebulan.

Presiden tersebut memberikan 20 peratus daripada pendapatan bulanan itu kepada pergerakan politiknya.Beliau yang berumur 75 tahun menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan.

Gaya hidup Mujica berbeza dengan Naib Presidennya, Danilo Astori yang mengisytiharkan kekayaannya sebanyak AS$250,000 (RM818,499). Ini termasuk sebuah rumah dan kereta yang bernilai 10 kali ganda daripada kereta Volkswagen Beetle tersebut.

sumber : radio-kita

pregnancy tips







Saturday, August 28, 2010

mari bersahur

setelah beberape hari bagi hint akhirnye org umah paham juge yang laki die ngidam gulai tempoyak hohoho..
so dipendekkan cerite sahur pagi tadi betungkuih lumuih le org umah bangun seawal-awalnye utk masak gulai tempoyak ikan cencaru (ikan patin takde, jumpe ikan cencaru je kt pasar segar dekat umah)...
best woo...




kome ade ke sahur gulai tempoyak?haha..


lauk sampingan



Friday, August 27, 2010

main sondol-sondol sebelum berbuke

ni kisah yang terjadi sebelum berbuka puase pade 22 ogos 2010 yang lalu..
sedikit perlanggaran antare due perodua telah berlaku..
gambirun menceritekan segalenye...


sakit mate weh nengok kekemekan nih


keter dinaikkan ke ateh lori tunde milik perodua



saje nak begambor dalam keter yg sedang ditunde


mari berbuka ayam golek

(gambo yang ni cedok tenet sebab tak sempat amik gambo pa'ku dah lahap dulu )

selepas kene lapah

lie dgn zila

pa'ku
(selang 5 minit sms bini kat aloq setaq..siann)

me ngan org umah

pade 22 ogos 2010 bersamaan hari ahad lepas satu majlis berbuke puase telah diadekan bertempat kat restoren ayam golek nara di pantai dalam..5 orang je yg ade me and orang umah, lie ngan zila and pa'ku..nak kate reunion pun bole jugek sebab lame dah tak jumpe deme nih (3 bulan kire lame r tu)..ramai benor orang berbuke kat restoren tu..naseb baik le zila dok kat pantai permai, dekat je le die nak booking meja ngan order lauk terus..walaopun sesuatu telah berlaku sebelum berbuke tu tapi bile ayam dah tergolek depan mate mmg lupe semue masalah hahaha..lepas berbuke pi semayang maghrib kat masjid negare lepas tu pi balai polis trafik jalan tun h.s. lee setelkan masalah sebelum berbuke tadi huhuhu..

*maap ler gambo tangkap gune kamera henpon jer..

Thursday, August 26, 2010

doa


“Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”

maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku.

ingat dalam kartun je..




Tuesday, August 24, 2010

jenama memey

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej..

Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Memey.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Memey,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Memey.”

“Shampoo?”

“Shampoo Memey.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Memey ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Memey
itu rakan sebilik saya.”

Monday, August 23, 2010

telur setengah masak

Najib dan Ziana membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan,akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,

"Beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye", kata emaknya.
klik pade gambor untuk besorkan
bagi sesiape yang tak dapat akses internet tapi masih ketegar untuk melayari facebook, at least hilang la ketagih tu....


Thursday, August 19, 2010

jolok cempedak diluar pagar

lame benor tak makan cempedak goreng..
teringat kat kampung dulu2 cempedak goreng mak buat..
2 3 ari sudah dapat buah cempedak diluar pagar akak kat opis kasik..
walaupun dapat separuh je tapi cukup bersyukur yang teramat sangat (sambil trus sujud syukur di tepi pc) hoho..
malam tadi berlangsung operasi menggoreng buah cempedak diluar pagar ni..
perghh dah aku kabo sedap wehh..
aku bancuh dan goreng sendirik nih untuk pengetahuan semue ye haha..



*tujuan post ini adalah bertujuan nak kabo yg cempedak goreng tu aku yg bancuh ngan goreng sendiri hehe..

Wednesday, August 18, 2010

sungai siput (u)

baru-baru ni dalam paper utusan ade kuar berite pasal ular gergasi yg dijumpai kat sungai siput (u) yakni myhometown..gempor jugak le kat pekan sungai siput (u) tu pase isu ni..due tige bulan pastu pulak tibe-tibe kuar lak berite kat paper berite hairan yg ular gergasi tu tipu..rupe-rupenye gambor tu sebenornye diambil kat China berabad lame dah..ade tangan gatai yg upload pastu kabo kate ular tu jumpe kat sungai sipu (u).. chaiitt baru nak bangge ngan sungai siput (u) ni..asyik populer ngan masterji sam je sebelum ni..haishh



* patutnye jumpe siput gergasi!!??

jam besor..



jarum die lagi besor dari orang

banyok gile suisnye

view siang

view malam

Sumber Mymetro
MAKKAH: Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing apabila jam terbesar di dunia akan mula berdetik di menara bangunan pencakar langit di Makkah.

Menara jam yang dibina di bangunan kedua tertinggi di dunia itu akan menjadikan Makkah sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding waktu median Greenwich.

Jam itu dijangka mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) yang digunakan sejak 126 tahun lalu. Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridan dunia kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia. Waktu Greenwich dikuatkuasakan Barat pada 1884. Jam berkenaan akan mula berdetik pada 12 Ogos dalam minggu pertama Ramadan dan akan menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan.

Menara jam Makkah mempunyai empat permukaan seluas 46 meter yang dibuat daripada jubin komposit berteknologi tinggi yang dilapik emas dan berdiri dengan ketinggian 400 meter di luar halaman Masjidil Haram.

Syarikat Premiere Composite yang ditugaskan menyiapkan binaan menara jam Makkah merangka pembinaannya dengan ketinggian 590 meter. Ketinggian itu membolehkan menara jam Makkah menjadi menara kedua tertinggi di dunia mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Pembinaan menara jam Makkah membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu. - Agensi

disertakan sepotong hadis:
Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim”

Tuesday, August 17, 2010

gambo ni dah lame ade dlm henpon..baru je pindah masok ke dlm pc baru2 ni..gambo ni amik mase zaman2 bujang dulu..mase tu tengah tunggu awek (sekarang suda jadi org umah yg sah) balik keje kat lrt stesen universiti..

Monday, August 16, 2010

zakat fitrah

Berikut dibawah ini adalah Kadar Zakat Fitrah 2010 bagi seluruh Malaysia.

NegeriKadar Zakat Fitrah 2010 (RM)
Perlis6.00
Kedah7.00
Pulau Pinang7.00
Perak7.00
Selangor7.00
Negeri Sembilan6.50
Melaka6.50
Johor5.00 / 7.50 *
Pahang7.00
Terengganu5.00 / 7.00 / 8.00*
Kelantan7.00
Sarawak5.20
Sabah6.80
Wilayah Persekutuan7.00

tahun lepas aku bayor zakat fitrah sendiri untuk kali pertame nye..sebelum2 tu abah aku yg bayor kan hahaha...tahun ni pulak aku bayor sendiri untuk aku n untuk orang umah sekali..ternyate tanggungjawab aku dh bertambah hohoho... kat atas ni ade jadual kadar zakat fitrah utk seluruh malaysia utk panduan semue..ate moh le bayo zakat fitrah awal2 weh..nant mike lupe pastu wat2 lupe...


*credit to http://yanmieonline.com

Friday, August 13, 2010

mari bantu kawan saya

seorg kawan sekolah dlu nasir ibrahim atau name timangan nasir bra dgn rakan2 beliau ade menjalankn satu bisnes fotografi..kalu siape2 yg nk kawen ke tunang ke bersunat ke tak kire ape majlis sekalipun boleh le cube serbis mereka2 ni..hanye nak tolong kawan2 je...boleh layari laman blog beliau di http://annaloq.blogspot.com/ ataupun laman blog mereke di http://beautyandtherare.wordpress.com/ atau juge laman fesbuk mereka di http://www.facebook.com/group.php?gid=112813718759896...semoge mereke success...

Wednesday, August 11, 2010

jumpe semule

dri kiri blkng: mok, abangah, loko, lokman maggi, topek, mekroz, pian, keri, helmi, fami, king, nuar soro, fewab, syam, rusdi, roy, fekbu, gudud.
dari kiri tengah: ehsan abu, lab, syaz.
dari kiri depan: nasir bra, mel, selan, k.o, filhan, lan hasan, apek, radi, azim, anas asqalanee, tuan noor
melunjor depan: majin

nak dijadikan cerite..tanggal 16 januari awal tahun aritu satu reunion tlh diadakan setelah 10 tahun tidak berjumpe dgn rakan2 dari Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah..reunion ni dibuat kat restoran D'Tomato area Mentari Court...1st time jumpe pas 10 thn ni mmg tersangat best nyer sbb semue muke dh lain..dulu pendek skrng dh tinggi, dulu kurus skrg dah gemuk, dulu sememeh skrg dah segak..masing2 pun dh ade kerjaye masing2..ade yg jadik jurutera, mjistret, pegawai syariah, jurugambar, doktor pun ade, keje ngan tv, keje swasta, ptd, imam besar, keje bank, askar, pulis, cikgu, pembantu mufti pun ade dan macam2 lagi..yang belajo lagi pun ade jugak dh tue2 ni haha..elok le belajo selagi hayat dikandung badan...tak lupe jugak ade kawan2 yg tak dapat dtg sebab hal2 urusan seri paduka baginda dan ade beberape kerat yg dok kat oversea..ade yg belajo, ade yg bermastautin..smoge kite dpt berjumpe bile kome balik nanti ye..ate bile lagi nk reunion weh?

*dari lensa kamera annaloq/nasir bra

talkin org asli..

Kisah ni dikutip dari pengalaman seorang pemburu kat kuantan satu ketike dulu...
Tempat dia tinggal ni memang dekat ngan kampung orang
asli dan dia ni memang dah ramai kenalan kat situ...ada satu cerite
yg pemburu ni nak dikongsi ngan korang...itupun kalau sudi nak bace le...

Ini cerita pasal cara-cara orang asli berucap untuk si mati (dlm Islam kite panggil
talkin ler)..tapi seingat aku diorang ni bukan beragama
Islam. Diorang gelarkan si mati tu AJIS walaupun tu bukan nama si mati semasa hidup.
Bila mayat tu dah ditanam, salah seorang kaum diorang/tok batin pun start lah baca
'ucapan' macam imamlah...bunyinya camni :

"HAI AJISS...MATI JUGAK KAO AJISS...SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU
DATANG...( kalau kita, malaikat mungkar dan nangkir) KALAU DIA TANYA,KAO
JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA...YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU...KALAU DIA
PUKUL KAO DARI KANAN...KAO ELAK KE KIRI...KALAU DIA PUKUL DARI
KIRI...KAO ELAK KE KANAN...KALAU DIA HANTAM DARI DEPAN...KAO ELAK KE
BELAKANG...KALAU DIA HANTAM DARI BELAKANG..............PANDAI-PANDAI
KAOLAH AJISSSSS......"

Pastu komat kamit lah mulut pemberi 'ucapan' tu...dan diorang pun
beredar dari situ...dari mula sampai habis 'ucapan' , pemburu ni yang
ikut diorang pi tanam mayat tu kena tahan gelak sampai merah padam muka
dia...bila orang asli tu tanya ngape...pemburu tu cakap,"sedih...."

Pengajarannya :
Dia orang pun percaya juga kat alam kubur..

*dipetik dari salah satu ceramah Ust Ismail Kamus

haji...

Suatu ketika di suatu bicara… musafir ilmu si anak muda. Pemuda belajar ertinya haji. Bekal kiranya diseru nanti.

“Boleh saya tanya sesuatu?”, tanya pemuda itu. “Boleh saja, silakan”, balas Pak Khir.

“Kenapa pak cik tak mahu dipanggil tuan haji?”, tanya pemuda itu. “Oh, itu. Kenapa pula pak cik mahu orang panggil pak cik tuan haji?”, Pak Khir menjawap dengan persoalan.

“Kan orang yang dah pergi haji kena panggil tuan haji atau hajjah, pak cik?”, tanya pemuda itu. “Dekat tempat saya macam itu…”, sambung pemuda itu.

Pak Khir tersenyum. “Dekat sini pun sama, pak cik saja yang tak mahu”.

Pemuda senyum kelat. Dahinya sedikit berkerut. “ Kenapa pak cik tak mahu ?”, tanyanya semula sambil merenung wajah Pak Khir.

“Apa perlunya gelaran haji tu. Haji itukan ibadah. Sama seperti sembahyang, puasa, zakat…”, terang Pak Khir.

“Kalau nak juga gelarkan haji, maka orang yang sembahyang boleh digelar
Tuan Sembahyang Ajis misalnya. Tak pun Tuan Zakat Pi’ee kalau si Pi’e bayar zakat.. Yang

puasa pula, Tuan Puasa Ali…begitu ke?”, tanya Pak Khir.

“Tidak pula pak cik”, jawap pemuda.
“Kalau nak gelar juga, maka gelarlah juga orang-orang terdahulu yang

lebih awal pergi haji. Ada kita gelar nabi kita haji?”, soal Pak Khir.

“Tidak ada pak cik”, jawap pemuda.

“Ada kita gelar para sahabat nabi haji?”, tanya Pak Khir.

“Tidak ada pak cik”, jawap pemuda.

“Ada kita gelar ulama’-ulama’ dahulu haji?”, tanya Pak Khir.

“Tidak ada pak cik”, jawap pemuda.

Pak Khir tersenyum lagi. Pemuda mulai faham.

“Tapi kenapa orang sekarang yang balik mengerjakan haji nak kita panggil mereka Haji atau Hajjah, pak cik?”, soal pemuda lagi.

“Tak tahulah anak muda. Cuma mereka dan keluarga mereka yang tahu….”, Pak Khir tenang bertutur.

Pemuda menganggukkan kepala. Lalu berjabat tangan tanda perpisahan.

Pak Khir mengeleng-gelengkan kepala. Lalu berlalu dengan kesal yang bersisa.

Di benaknya tertanya, kenapa soal semacam ini boleh timbul? Kenapa?…

p/s : cerite ini bukan mempersoal atau menyinggung sesiape, terutame mereke yang bergelar haji dan hajjah. Tetapi tidak salah untuk kite same-same merenung dan berfikir sejenak…

Wednesday, August 4, 2010

bahase itu indah..

lepas kawin ni selalu dengor org rumah dengan adik2 beliau sembang dalam bahase asing iaitu fufufafafifi...lalu dengan tanpe disedari mereka berjaye jugek belajo sikit2 bahase tersebut..and nak praktis sikit kat sini...afakufu bafakalfal jafadifi afayahfah hafahafahafa sungfungguhfuh seferofonokfok hafahafahafa......


source:syok.org
rajin2 le check cpu kome..

Tuesday, August 3, 2010

jemari...


kalau sape2 yg busan sgt tahap ungke pegi le ukur...

mari eksesais


artikel lame yang masih menarik minat anda semua tak termasuk saye kuang3x..

budak 5 tahun zaman sekarang..


tengah melayari bahtera internet tibe2 terjumpe gambo ni..dilarang tiru aksi ini dirumah!!

logik?

kurang le sikit rase bersalahnye..