Sunday, December 19, 2010

laluan bas putrajaya

ari ni teman sampai opis lambat..
selalu sampe kul 7.35 tapi ari ni teman sampe kul 8.10..
jalan kat putrajaya masyaallah jem ya amat..
rupe-rupenye deme wat testing laluan untuk bas..
kat bawah ni die punye maklumat pase ujian ni..

Roads involved : Lebuh Perdana Barat (starting from the multi-level junction at Lebuh Sentosa) and Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Date : From 20th December to 14th January 2011 (Every working days :Monday to Friday)
Time : 7:00 am - 8:30 am


*maklumat daripada laman perbadanan putrajaya


Friday, December 17, 2010

sabtu yang sesak

ari ni pagi-pagi lagi teman dah masuk kl sebab nak ngantor isteri gi koje..
isteri teman kene koje overtime weekend ni same ade sabtu atau ahad..
disebabkan ahad esok mak ngan abah mertua teman nak
datang dari temerloh jadinye kene le isteri teman koje ari ni..
arini jalan kat kl sesak bebenor..
opis isteri teman pulak betui-betui dekat jalan masjid jamek..
dekat sejam jugek le teman nak sampe ke masjid jamek dari umah kat bukit jalil..
ape dibuat le orang kl awal-awal pagi sepi'e dah keluor umah..
cube le bawok berehat kat umah dengan anak-anak..
tengok katun lagi best kome woi!!

Thursday, December 16, 2010

lemah lutut

ari ni teman mc..
daripade malam tadi teman cirit birit melampau..
sampe le ke pagi ni tak berenti nye..
yang peliknye teman sorang je yang menderite kat umah ni..
deme yang lain rilek je teman nengok..
udah lembik lutut teman ni dibuatnye..
tumpor teman weh..

Wednesday, December 15, 2010

pagi yang stress

pagi ni tengah mengudap tibe-tibe bos panggil ade keje katenye..
skali tige jam teman duduk dalam bilik die 'teman' die buat keje..
stress betui le rasenye..
buleh darah tinggi teman dibuatnye..
ade jugak bos macam ni..
letih teman weh..tumpor!!

Wednesday, December 8, 2010

semangat maal hijrah

hari selase baru ni jatuhnye pade tarikh satu Muharam 1432..
tarikh ni dikire hari pertame dalam tahun 1432..
kire tahun baru le ni yob..
pade tarikh ni le nabi junjungan kite Muhammad s.a.w telah berhijrah dari
Mekah ke Madinah kire-kire pade tahun 622 masihi dulu..
satu Muharam patutnye dijadikan satu tarikh untuk kite semue merenung dan mengkaji
sejarah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. terutamenye penghijrahan dari Mekah ke Madinah..
dikesempatan ini saye mengucapkan kepade semue semoge kite semue selamat mencontohi semangat penghijrahan dalam semue amalan seharian kite..
mudah-mudahan kite akan mendapat nikmat daripadenye Insyaallah..

*cuti aritu saye bersame isteri dan adik ipar kuar makan angin ke port dickson..
saje ronde-ronde merendek bawak isteri yang baru lepas baik dari demam..






Thursday, December 2, 2010

Baca@LRT

Pada Ahad 5 Disember 2010,akan diadakan Baca@LRT bertemakan Massa yang terakhir edisi 2010.

------

Apakah itu Baca@LRT?

Ia adalah aktiviti spontan membaca di dalam LRT bermula dari Terminal Putra Gombak sehingga LRT Taman Jaya.

Para penyokong akan membawa buku kegemaran masing-masing dan membaca sepanjang perjalanan.

Mereka yang tidak menahu akan program ini akan dikelilingi pembaca buku pada hari itu.
--------------------------------------------------------------------
Tentatif

Ia akan diadakan pada dua masa iaitu pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang. Pilih masa yang bersesuaian antara kedua-dua masa ini.

Baca@LRT tiada sebarang perhimpunan rasmi, ucapan atau apa-apa berbentuk majlis.

Ia spontan seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku. Penyokong hanya dikenali melalui buku yang dibawanya. Malah ada yang tidak kenal satu sama lain.

Pada jam 10.00 pagi dan 2.00 petang, kita akan beramai-ramai menaiki LRT.

Keadaan akan menjadi pelik di kalangan mereka yang tidak tahu Baca@LRT ini sedang berlangsung.

Tiba di Taman Jaya, para peserta bersurai ke Amcorp Mall.

Jika LRT pertama penuh, naik LRT seterusnya. Begitulah seterusnya.

------------------------------------------------------------------

Apa yang ada di Amcorp Mall?

Pada hari itu akan ada jualan buku baru dan terpakai serta terdapat beberapa kedai buku termasuk kedai buku BookXcess di tingkat empat yang menjual buku baru pada harga amat rendah.

------------------------------------------------------------------

Apakah kesan program ini?

Ia menggalakan budaya membaca di tempat awam.

-------------------------------------------------------------------

Pengesahan kehadiran klik di sini http://bit.ly/bacalrt5disember
Share
Location:Terminal Putra LRT Gombak hingga LRT Taman Jaya
Time:10:00AM Sunday, December 5th

Wednesday, December 1, 2010

hari raya aidiladha 1431 bhg 3

ni cerite sambungan balik raye qurban aritu hehe..
raye ketige iaitu ari jumaat teman bawak le isteri gi merendek kat bandar taiping..
eksaited benor die dapat gi taiping..
taiping ni bekas ibu negeri perak sebelum ipoh..
jadik nye kat sini banyak le bangunan-bangunan lame tinggalan sejarah..
tapi tak de le teman bawak die gi masuk semua bangunan-bangunan tu..
sambil lalu je teman tunjuk..nak nangkap gambo pun tak leh sebab tengah drive..


lepas abis pusing satu bandar teman bawak le die gi zoo..
tak lame pun kat situ sebab menatang semue tengah tido..



lepas abis round dengan keretapi zoo tu kami terus gerak
mencari kudap untuk mengisi perut yang berbunyik..
kemudian kami ke medan selera jalan panggung wayang bawah fajar lame..
teman carik gerai popia omar yang dah lame benor teman tak merase..
ade dekat lime tahun rasenye..
perghh die punye rase takde beze dengan lime tahun dulu..terbaik dari ladang!!


abis makan tu kami ronde-ronde kedai-kedai area situ..
kate isteri teman kain-kain disitu boleh tahan murah..
(tapi idok jugak belinye)
agak-agak dalam pukui tige setengah kami ke masjid untuk solat jamak qasar..
plan lepas tu nak ke kuey teow doli tapi hampe sungguh tutup pulak..
tensen sungguh sebab die tulis kat pintu tu dibuka setiap hari kecuali jumaat..

makanye beredarlah kami ke pusat penjaja taiping belakang balai bomba taiping..
kat situ makanan yang dicari ialah sotong kangkung atau name glemernye yong tau fu hehe..
yong tau fu kat situ memang perghh le kate orang..fuhh sedap sungguh..


setel makan kami terus balik..
nak singgah makan mee udang kuale sepetang terpakse
kensel sebab hari makin lewat perut pun kekenyangan..

anugerah

terime kasih kat blog Catatan Loqman Hakim sebab bagi award blogger cemerlang kat teman..
walaupun blog teman ni tak le secemerlang mane..
blog cacamarba kate dek orang hehe...
satu lagi si lokman ni mintak teman jawab tige soklan kalau rajin..
oleh kerane teman tengah rajin, make teman pun jawab le soklan mike ni ye..

1)Apa pandangan anda tentang blog Catatan Loqman Hakim?
best, menarik, terbaik..

2)Bagaimanakah anda tiba2 dapat idea untuk post entry baru?
bile idea datang..

3)Tujuan utama anda berblog?
bile memblog rase best hehe..